Pengenalan Dan Pendaftaran Baru Portal Ekelas
12 Januari 2019 | Aktiviti TerkiniPada 11 Januari 2019, Pusat Internet Gong Kulim telah mengadakan sesi pengenalan portal ekelas kepada pelajar dan juga merupakan ahli baru yang datang berkunjung ke PI. Sesi ini berlangsung selamat satu jam iaitu dari pukul 11.30 tengahari sehingga 12.30 tengahari dan dihadiri seramai 9 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah dan juga pelejara sekolah rendah.
Dalam kelas ini, pelajar diberi pengenalan berkaitan portal ekelas dan mereka juga diajar bagaimana untuk berdaftar di dalam portal tersebut. Mereka juga turut diajar bagaiamana untuk menggunakan portal tersebut dengan mudah dan bverkesan.
Maxis ekelas adalah inisiatif pembelajaran digital selepas sekolah yang bertujuan meningkatkan prestasi akademik pelajar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: